Wednesday, April 4, 2007

At-Tasamuh Dengan Wahabi, At-Tahaluf Dengan Syiah: Manakah Yang Perlu Diutamakan

Oleh One_G

Membaca tulisan saudara Reformasimuda yang menulis satu article yang bertajuk “Salahkan kalau saya menyokong Al-Arqam mahupun Syiah” baru-baru ini, diri ini terpanggil untuk menulis satu tulisan yang perlu di lontarkan kepada masyarakat Islam bagi mencari titik pertemuan yang perlu dilakukan bagi melihat kejayaan islam di dunia Islam, khususnya di Negara ini.Mengikut tulisan Reformasi muda tersebut, didapati dia mengambil sikap menghentam golongan yang didakwa sebagai wahabi, tetapi agak menyokong tindakan dari kelompok yang dinamakan sebagai Al-Arqam dan Syiah. WAHABI Mengikut pendefinisian terhadap wahabi, pelbagai respon dari berbagai-bagai kelompok manusia tentangnya. Antara definisi Wahabi mengikut dakwaan manusia adalah seperti berikut; a. Wahabi adalah satu kelompok manusia yang taassub dan “Ghuluw” kepada Muhammad Abdul Wahab, adapun mereka yang mengikut pendapat Muhammad Abdul Wahab tanpa “ghuluw”, tidak dikira sebagai wahabi. b. Wahabi juga diberikan kepada kelompok manusia yang membawa panji-panji gerakan Muhammad Abdul Wahab. c. Wahabi adalah golongan yang mengikut jejak langkah Muhammad Abdul Wahab yang telah sanggup menjadi “Barua” kepada penjajah. d. Wahabi adalah kelompok manusia yang mudah membidaahkan. Melihat kepada kepelbagaian definisi ini, aku merasakan, sebelum sikap kita menyerang gerakan wahabi ini, sesuatu perbahasan yang perlu di perhatikan terlebih dahulu. Setelah dihayati, didapati bahawa serangan yang kebiasaan dilakukan terhadap gerakkan wahabi, bukanlah kepada kesalahan mereka didalam mengistinbatkan aqidah dan syariah. Ini kerana, jika dilihat kepada jalan usaha gerakan beliau, gerakan tersebut adalah sebagai penerus kepada dakwah yang didokong oleh Ibnu Taimiyyah[1]. Maka dengan demikian, perbahasan aqidah dan syariah dalam gerakan Wahabi ini, mempunyai kesamaan dengan ulasan yang didapati didalam aqidah dan syariah mengikut perbahasan manhaj Ibnu Taimiyyah. Asas perjuangan mereka adalah seperti perjuangan yang di dokong oleh Hanabillah, iaitu membawa aqidah yang tidak mahu menta’wilkan ayat-ayat Allah yang mutasyabihat, disertai mereka mensifatkan Allah tanpa disertai dengan tasybih dan tajsim[2]. Adapun dari sudut syariahnya pula, mereka adalah kelompok manusia yang berpegang dengan jalan manusia yang bermazhab Hanbali, tetapi disebalik pegangan mereka itu, mereka tidak mensyaratkan kepada “ketaassuban” kepada mazhab Hanbali yang mereka pegang sendiri. Melihat kepada perbahasan “Aqidah” dan “Syariah” yang menjadi pegangan Wahabi ini, didapati bahawa, wahabi juga adalah kelompok yang dikatakan sebagai “ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah”. Dakwaan ini telah diakui sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang didalam bukunya yang bertajuk “lahirnya beberapa firqah dikalangan umat Islam”[3]. Tetapi, yang menjadi perbincangannya adalah masalah “sikap” yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya. Iaitu sikap yang menjadi “barua” kepada penjajah dan sebagainya. Secara fakta, aku tidak dapat memastikan kebenaran dakwaan yang menyatakan bahawa Muhammad Abdul Wahab merupakan barua kepada penjajah, tetapi mengikut pembacaan buku-buku yang di tulis oleh kebanyakkan tulisan menyatakan demikian. Walaubagaimanapun, aku mengambil sikap untuk “tidak membenarkan dan tidak menafikan” tulisan tersebut. Juga, antara perkara yang sering diperbincangkan adalah berkenaan sikap wahabi yang mudah membidaahkan amalan-amalan yang berbentuk khilafiyyah dan sebagainya. ISU WAHABI ADALAH SIKAP, BUKAN PERINSIP Melihat kepada situasi ini, didapati bahawa kesilapan yang perlu di perbetulkan pada wahabi adalah pada sikap, bukan pada perinsipnya. Ini kerana, secara perinsip, mereka masih lagi berada atas landasan “Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah”. Adapun perbuatan yang menjadi “barua” kepada penjajah, dan mudah membidaahkan amalan-amalan khilafiyyah merupakan isu sikap yang selayaknya dijauhkan dari amalan umat islam. KELAHIRAN JEMAAH TABDI’ MERUPAKAN BIDAAH YANG TIDAK DISEDARI Kelahiran satu jemaah yang dinamakan sebagai “Jemaah At-Tabdi’” atau jemaah yang mudah membidaahkan manusia merupakan satu amalan bidaah yang wajib di hindarkan dikalangan umat Islam. Baginda SAW sendiri tidak pernah membidaahkan sesuatu amalan tanpa bertanyakan dahulu amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat RA, walaupun amalan tersebut dilakukan sebelum dilakukan oleh Nabi SAW. Antara hadis bagi menguatkan hujjah ini adalah seperti berikut; “Daripada Ibni Omar berkata; ketika kami menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki berkata; “Çááøóåõ ÃóßúÈóÑõ ßóÈöíÑðÇ æóÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ßóËöíÑðÇ æóÓõÈúÍóÇäó Çááøóåö ÈõßúÑóÉð æóÃóÕöíáðÇ”, lalu Rasulullah SAW berkata; siapakah yang berkata kalimah begian-begian? Berkata lelaki tersebut; Aku Wahai Rasulullah. Lalu bersabda Nabi SAW; aku merasa megah dengannya, dibukakan pintu langit untuknya (kalimah tersebut). berkata Ibnu Omar, semenjak aku mendengar perkataan Nabi itu, aku tidak pernah meninggalkannya (membacanya didalam solat)[4]” Dari hadis ini, lelaki yang membaca kalimah takbir didalam solat tersebut tidaklah mendengar bacaan Nabi terlebih dahulu, tetapi dia membacanya mendahului perbuatan nabi. Ketika baginda SAW mendengar bacaan lelaki tersebut, Rasulullah tidak mudah membidaahkannya, tetapi baginda bertanya dahulu. ini menandakan bahawa amalan mudah membidaahkan sebelum diselidiki merupakan amalan yang bukan dari Rasulullah SAW. Dan juga hadis yang bermaksud; “daripada Abdillah bin ‘Amir bin Rabiah, daripada bapanya, berkata; seorang pemuda dari ansar telah bersin di belakang nabi SAW, yang ketika itu sedang menunaikan solat. Dia (pemuda ansar) berkata; “ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ÍóãúÏðÇ ßóËöíÑðÇ ØóíøöÈðÇ ãõÈóÇÑóßðÇ Ýöíåö ÍóÊøóì íóÑúÖóì ÑóÈøõäóÇ æóÈóÚúÏóãóÇ íóÑúÖóì ãöäú ÃóãúÑö ÇáÏøõäúíóÇ æóÇáúÂÎöÑóÉö”, ketika selesai Nabi Saw dari solat, baginda SAW bertanya; siapakah yang berkata kalimah tadi? Lelaki itu senyap. Kemudian Rasulullah bertanya lagi; siapakah yang berkata kalimah tadi? Sesungguhnya tidak mengapa (tidak menjadi kesalahan) dia mengatakan kalimah tadi. Lalu berkata pemuda ansar; Saya Wahai Rasulullah SAW, sayalah yang berkata kalimah tadi, tetapi saya tidak kehendaki melainkan kebaikan. Bersabda Nabi SAW; tiada sesuatu pun dapat menegah dari kalimah itu sampai ke ‘Arasyh Allah yang maha Rahman[5]” Hadis ini juga mempunyai gambaran yang seakan-akan sama dengan kejadian pada hadis yang pertama, iaitu tindakan nabi yang tidak mudah membidaahkan sesuatu amalan yang di buat tanpa pengetahuan nabi terlebih dahulu, tetapi baginda akan bertanyakan kepada pelaku amalan tersebut terlebih dahulu sebelum menyatakan hukumnya. Melihat kepada pemahaman dari dua hadis ini, amalan mudah membidaahkan merupakan satu amalan yang tidak selayaknya berlaku dikalangan umat Islam di seluruh dunia. Jika di perhatikan di Negara ini, jemaah tabdiiyyah ini sudah menular masuk kedalam pemikiran umat Islam di sini. Mereka mudah membidaahkan sesuatu amalan, tanpa mengambil tindakan “usul periksa” yang sehinggakan melahirkan perbalahan dan “masam muka” dikalangan mereka. Semasa di Mesir, seorang lelaki yang mendakwa seorang “salafi” telah membidaahkan amalan zikir 1000 kali yang diwajibkan; yang telah di anjurkan oleh seorang Syaikh, dengan alasan amalan tersebut tidak pernah diwajibkan oleh nabi SAW. Lalu Syaikh tersebut bertanyakan kepadanya tentang tentang kelebihan antara amalan wajib dan sunnat. Si “salafi” tersebut menyatakan, jika di bandingkan, amalan wajib itu mengandungi kelebihan berbanding dengan amalan yang sunat. Syaikh tersebut itu bertanya lagi, apakah hukum zikir yang telah dinazarkan? Si “salafi” tersebut menyatakan bahawa hukum zikir tersebut adalah wajib. Maka Syaikh tersebut menyatakan, sebab itulah dia mewajibkan kepada murid-muridnya berzikir sebanyak 1000 kali, dan amalan tersebut adalah yang lebih afdhal kerana amalan itu dilakukan oleh muridnya dalam keadaan dinazarkannya. Mendengar jawapan Syaikh tersebut, si “salafi” tersebut tergamam dan mengakui kesilapannya yang mudah membidaahkan amalan zikir 1000 kali yang dibidaahkannya tadi. Dari hadis dan pengajaran di sebalik kisah yang dinukilkan ini, tidak selayaknya kelahiran “jemaah At-Tabdi” ini wujud di seluruh dunia Islam, ini kerana, kelahirannya berpunca dari sikap yang mampu memporak perandakan perpaduan umat Islam di mana-mana. SYIAH Syiah adalah satu puak yang dikenali di seluruh dunia Islam. Kenalnya dunia Islam kepada syiah adalah selepas dari revolosi iran yang di kepalai oleh seorang bapa revolosi yang merupakan tokoh syiah yang disayangi oleh kebanyakan penganut-penganut syiah, iaitu Ayatullah Khomaini. Kehebatan yang ada pada Ayatullah Khomaini melawan penjajah adalah sesuatu yang membanggakan, tetapi kehebatan tersebut tidak bermakna aqidah syiah yang menjadi pegangan Ayatullah tersebut berada di pihak yang benar. Ramai tokoh-tokoh Islam mempertikaikan aqidah ayatollah Khomaini. Antara tokoh ulama yang terkenal di dunia Islam yang mempertikaikan aqidah dan pendirian Ayatullah adalah Said Hawa[6], salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin yang berasal dari Syria . Beliau ada mengarang sebuah kitab yang bertajuk “Al-Khumaini : syuzuz fi Al-‘Aqaid, Syuzuz fi Al-Mawaqif” yang menerangkan tentang aqidah dan pendirian khumaini yang dilihat pelik pada kacamata Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalam buku tersebut, As-Syaikh Said Hawa mendatangkan bukti dakwaan Al-Khumaini yang dirujuk dari kitab karangan Al-Khumaini sendiri yang bertajuk “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” dan “kasyf Al-Asrar”. Antara dakwaan Al-Khumaini yang pelik adalah seperti berikut; a. Imam mempunyai darjat yang tinggi melebihi malaikat muqarrabin dan nabi yang di utuskan[7]. b. Mendakwa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam kini tidak sempurna, ini kerana telah di selewengkan oleh Saidina Osman. Bahkan syiah Imamiyyah (Syiah yang di dokong oleh Ayatullah Khomaini) mengkafirkan kepada manusia yang mengingkari dakwaan ini[8]. c. Mengkafirkan sebahagian besar sahabat-sahabat Nabi SAW melainkan 3 orang sahabat sahaja, iaitu Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghiffari dan Salman Al-Farisi.[9] d. Khumaini mendakwa perjuangannya adalah untuk penyatuan Umat Islam, tetapi hakikatnya melakukan dakyah kepada fahaman syiah.[10] e. Dakwaan Khomaini didalam kitabnya “Kasyf Al-Asrar” bahawa Abu Bakar As-Siddiq telah memalsukan hadis.[11] Begitujuga, didalam kitabnya “Al-hukumah Al-Islamiyyah” yang mendakwa bahawa seorang sahabat besar yang bernama Samurah bin Jundab adalah seorang pemalsu hadis[12]. f. Dakwaan “ghuluw’” terhadap Fatimah Az-Zahra’ sehinggakan mendakwa bahawa Fatimah mendapat wahyu selepas kewafatan Rasulullah SAW.[13] Banyak lagi dakwaan-dakwaan pelik dari Al-Khumaini, yang apabila melihat kepada dakwaan sebegini, memaksudkan bahawa aqidah yang diperjuangkan oleh syiah adalah aqidah yang sesat yang menyesatkan. Maka dengan itu, tidak hairanlah As-Syaikh Said Hawa, seorang tokoh gerakan Islam di dunia telah mengkritik Al-Khumaini dengan mengarang sebuah kitab khusus atas kritikan tersebut. Apa yang menggambarkan betapa bimbangnya As-Syaikh Said Hawa atas kesesatan ini, di akhir kitab beliau, beliau menulis satu doa yang maksudnya seperti berikut; “Ya Allah, Sesungguhnya Aku bebas daripada Al-Khumaini dan Al-Khumainiyyah”[14] ISU SYIAH ADALAH PERINSIP, BUKAN SIKAP Melihat kepada ulasan di atas, difahami bahawa isu yang di pertikaikan terhadap syiah, tidaklah seperti isu yang dipertikai terhadap wahabi. Golongan wahabi, dilihat mempunyai kesalahan dari sudut sikap yang perlu di robah, yang memungkin berlakunya “at-tasamuh” di kalangan wahabi dengan tujuan memenangkan Islam di seluruh dunia. Tetapi isu yang dipertikaikan terhadap syiah adalah isu aqidah yang merupakan perinsip didalam agama ini. Adapun dari sudut sikap, syiah tidaklah terlalu “terbabas” dari kehendak Islam, ini kerana, didalam dunia kini, iran yang bermazhab syiah telah menjuarai isu untuk melawan amerika (mengikut pandangan kasar). Maka dengan demikian, dari sudut sikap inilah, perlunya Negara-negara umat Islam di dunia mengambil contoh atas keberanian Iran menentang musuh Islam antarabangsa ini. Walaupunbegitu, tidak semua syiah mempunyai sikap yang boleh ditauladani. Ini kerana, secara faktanya, dunia Islam telah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan kerajaan osmaniyyah di turki pada tahun 1924 adalah berpunca dari syiah juga. Ini di buktikan dengan satu dokumen yang mengandungi kenyataan Aga Khan, seorang pemimpin syiah di India yang menyokong Britain dalam peperangan menyerang kerajaan Turki Osmaniyyah[15]. Justeru itu, tidak semua sikap syiah perlu ditauladani, tetapi ada sikap yang boleh ditauladani dari mereka dan ada sikap yang perlu dibuang dari jiwa umat Islam. PENUTUP Dari ulasan ini, secara peribadinya, aku perpendapat bahawa wahabi tidak perlu diserang sangat dalam mencapai kejayaan umat Islam di dunia, tetapi perkara yang perlu dilakukan adalah usaha kearah untuk menyatukan pemikiran dengan mengadakan satu tindakan “at-tasamuh” bersama mereka. Adapun syiah, melihat kepada aqidah mereka, tindakan yang perlu di ambil adalah dengan mengambil pendekatan “At-tahaluf” yang dipenuhi pemerhatian dan bersikap “hati-hati”, ini kerana dibimbangi mereka melakukan dakyah aqidah mereka di kalangan penyokong dan pendokong sesuatu gerakan islam. Sekian P/s : tulisan ini berdasarkan pandangan peribadi penulis sahaja, tidak berkait dengan pandangan mana-mana tokoh dan keputusan gerakan islam didunia. Wallahu ‘Alam One_G http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/ http://jihad-jalanku.blogspot.com/ barangsiapa yang ingin mendalami pengajian fiqh, hadis, tafsir dan aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com/ e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com -------------------------------------------------------------------------------- [1] Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam : m/s 28 [2] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah : m/s 177. [3] Lahirnya beberapa firqah dikalangan umat Islam : m/s 29. [4] Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Hadis ini sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518 [5] Abu Daud : 2/425 : hadis no : 657. [6] Said Hawa adalah naqib kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa menuntut di Universiti Madinah sekitar tahun akhir 60 an. (jihad dalam politik & persoalan Negara Islam mengikut pandangan Said Hawa : m/s 14) [7] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 7. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” karangan Al-Khumaini : m/s 52. [8] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 9. [9] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 13. [10] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 14. [11] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 11. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Kasyf Al-Asrar” karangan Al-Khumaini : m/s 112 [12] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 12. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Al-hukumah Al-Islamiyyah” karangan Al-Khumaini : m/s 71 [13] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 21. [14] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 31. [15] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka? : m/s 108


*Tulisan ini dipetik daripada website TranungKite Online